• Terkini!

    9 December 2023

    Sukan Kolaboratif Sekolah-Sekolah Dalam Pangkalan TLDM dan Kunjungan dari YB Menteri Pendidikan Pn. Fadhlina Sidek.

    Sukan Kolaboratif Sekolah-Sekolah Dalam Pangkalan TLDM dan Kunjungan dari YB Menteri Pendidikan Pn. Fadhlina Sidek.




    Sukan Kolaboratif ini dilaksanakan dengan matlamat untuk membina jaringan persahabatan di antara SK Pangkalan TLDM, SK Pangkalan TLDM 2 dan SMK Pangkalan TLDM. Selain itu, ia bertujuan untuk membina semangat kekitaan dalam kalangan guru-guru dan staf dan mengenal erti amalan hidup sihat. Beberapa jenis pertandingan diadakan iaitu bola jaring, bola tampar, sepak takraw, petanque, karom dan sepakan penalti.




    Tahniah kepada semua warga SKPTLDM kerana telah berjaya menyandang Juara Keseluruhan sekali lagi dlm Sukan Kolaboratif pada tahun ini. 
    Menteri Pendidikan Malaysia Yang Berhormat Puan Fadhlina binti Sidek turut sempat membuat kunjungan ke SK Pangkalan TLDM dan beramah mesra dengan semua guru dari ketiga-tiga buah sekolah. Terima kasih Yang Berhormat di atas pengalaman sebentar bersama kami.

    #disinisejarahtercipta 
    #skptldmlumut 
    #sukankolaboratif2023
    #menteripendididkanmalaysia
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments
    Item Reviewed: Sukan Kolaboratif Sekolah-Sekolah Dalam Pangkalan TLDM dan Kunjungan dari YB Menteri Pendidikan Pn. Fadhlina Sidek. Rating: 5 Reviewed By: Yu. Suffi Yusof
    Scroll to Top