• Terkini!

    3 March 2025

    KEJAYAAN SK PANGKALAN TLDM DALAM KEJOHANAN MERENTAS DESA 2025


    KEJAYAAN SK PANGKALAN TLDM DALAM KEJOHANAN MERENTAS DESA 2025

    Alhamdulillah, Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM sekali lagi mencatat sejarah dalam arena sukan apabila berjaya meraih tempat Naib Johan Keseluruhan Sekolah Rendah dalam Kejohanan Merentas Desa 2025. Walaupun terdapat cabaran dalam sistem pemarkahan semasa hari kejohanan, keputusan rasmi yang diumumkan pada malam Sabtu mengesahkan kejayaan gemilang pasukan sekolah kita.


    Keputusan Berpasukan

    🏆 LELAKI – Naib Johan 🏆 PEREMPUAN – Tempat Ketiga

    Keputusan Individu

    👦 Kategori Lelaki: Tempat ke-10, 18, dan 20 👧 Kategori Perempuan: Tempat ke-4, 10, dan 34

    Lebih membanggakan, seorang murid Tahun 5 dari pasukan perempuan telah berjaya terpilih untuk mewakili daerah Manjung ke Kejohanan MSSPK Merentas Desa yang bakal berlangsung pada bulan April nanti. Ini merupakan satu pencapaian luar biasa yang membuktikan semangat juang serta usaha gigih semua pihak yang terlibat.



    Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua guru yang memberi sokongan penuh, termasuk dalam memberikan pelepasan latihan kepada murid-murid. Tidak dilupakan, jutaan terima kasih kepada Cikgu Mossaireen, Ustaz Ahmad Syaibani dan Cikgu Suffi yang telah melatih dan membimbing pasukan dengan penuh dedikasi.


    Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah Manjung 2025 https://skptldm1.blogspot.com/2025/02/kejohanan-merentas-desa-peringkat.html


    Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga SK Pangkalan TLDM untuk terus cemerlang dalam bidang sukan dan akademik. Teruskan usaha, SKPTLDM Boleh! 💪🏅

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments
    Item Reviewed: KEJAYAAN SK PANGKALAN TLDM DALAM KEJOHANAN MERENTAS DESA 2025 Rating: 5 Reviewed By: Yu. Suffi Yusof
    Scroll to Top