1 December 2023

Latihan Kebakaran SK Pangkalan TLDM 2023




Latihan Kebakaran SK Pangkalan TLDM

Program latihan kebakaran SKPTLDM telah diadakan pada 1 Disember 2023.  Latihan kebakaran ini telah dilaksanakan dengan bantuan pasukan bomba Pangkalan TLDM bagi memberikan input baharu kepada warga SKPTLDM tentang bahaya kebakaran dan cara pencegahan kebakaran.  Selain menunjukkan demonstrasi memadam kebakaran, ahli bomba turut memberi peluang kepada guru-guru dan kakitangan sekolah  untuk memadam kebakaran menggunakan alat pencegahan api kecil (APAK). Secara keseluruhannya, latihan yang dijalankan pada sesi pagi dan sesi petang tersebut berjaya dilaksanakan dengan kerjasama yang baik daripada semua warga sekolah. Semoga program seumpama ini berterusan demi memastikan warga sekolah sentiasa bersedia menghadapi sebarang situasi kecemasan seperti kebakaran.

#Latihankebakaranskptldm2023
#skptldmlumut 
#disinisejarahtercipta











Ikuti kesemua rangkaian media sosial SK Pangkalan TLDM melalui pautan berikut : 
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments
Item Reviewed: Latihan Kebakaran SK Pangkalan TLDM 2023 Rating: 5 Reviewed By: Yu. Suffi Yusof