• Terkini!

    13 March 2018

    Salam takziah dari seluruh warga SK Pangkalan TLDM di atas pemergian Bintara Muda Zali Ahmad Bistaman

    Cikgu adam memberi kata-kata semangat dan nasihat kepada Nur Zalilah yang merupakan anak sulong dalam keluarga ini.

    BATU GAJAH : Seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ditemui lemas ketika memukat bersama seorang lagi rakannya di Lombong Batu 10, Tanjung Tualang dekat sini awal pagi tadi.
    Mangsa, Bintara Muda Zali Ahmad Bistaman, 36, ditemui tersangkut pada jaring dipercayai ketika cuba menyelamatkan diri selepas bot dinaiki karam kira-kira jam 3.20 pagi.

    Difahamkan, mangsa bersama seorang lagi rakan memasang jaring di lombong berkenaan pada jam 9 malam tadi sebelum bot dinaiki pecah dan karam.
    Rakan mangsa berjaya berenang ke tebing lombong namun mangsa dipercayai tersangkut pada jaring sebelum tenggelam.
    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Gajah, Mohd Jamalludin Mat Yusop, berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 11.39 malam.
    Katanya, anggota bomba dimaklumkan rakan mangsa turut menjalankan usaha mencari namun gagal menemuinya.
    Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) itu membabitkan 19 anggota bomba dan turut dibantu 16 anggota polis dan tiga anggota TLDM.
    "Anggota bomba melakukan pencarian di permukaan air menaiki bot selain menggunakan peralatan khas bagi mengesan mangsa.
    "Pencarian lebih daripada empat jam berjaya menemui mayat mangsa tersangkut pada jaring ikan kira-kira 70 meter dari tebing lombong pada jam 3.20 pagi," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
    Rakan-rakan dan jiran tetangga memberikan sokongan moral dan kata-kata semangat kepada Isteri Allahyarham yang akan berangkat ke Melaka untuk bersama dalam proses pengebumian. 


    • Blogger Comments
    • Facebook Comments
    Item Reviewed: Salam takziah dari seluruh warga SK Pangkalan TLDM di atas pemergian Bintara Muda Zali Ahmad Bistaman Rating: 5 Reviewed By: Yu. Suffi Yusof
    Scroll to Top