Panitia Pendidikan Islam SKP TLDM 1 telah mengadakan Kem Ibadah seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 29 Mac 2018
Masa : 6.00 Ptg hingga 9.00 Mlm
Tempat : Surau SKP TLDM 1
Sasaran : Semua murid beragama Islam Tahun 6
Aktiviti :
1. Ceramah berkaitan Makmum Masbuk dan Makmum Muafik ( Ust Mohd Syahir )
2. Solat Maghrib berjemaah
3. Solat Hajat
4. Bacaan Yassin
5. Solat Isyak berjemaah
6. Bersurai
Ulasan :
Aktiviti yang telah dijalankan memberi impak yang sangat positif kepada semua murid dan guru-guru yang menghadirinya. Tatacara makmum muafik dan masbuk dijalankan secara praktikal supaya semua murid dapat melihat dan memahami dengan lebih jelas dan seterusnya dapat diamalkan dalam kehidupan seharian mereka. Semoga segala usaha murni ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang. In shaa Allah.