Mesyuarat Agung PIBG kali ke 33 tahun 2017 dirasmikan oleh Dato' Haji Azri Bin Jaafar, Pembantu Khas Menteri Besar Perak Y.A.B. Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd. Kadir.
Kehadiran ibu bapa ke mesyuarat pada kali ini menggalakkan dan pelbagai usul telah dibincangkan dan mendapat persetujuan bersama.
Lebih menarik bagi mesyuarat pada kali ini disertai oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) yang menawarkan khidmat mencuci emas secara percuma. Selain daripada itu, YaPEIM juga menaja hadiah untuk cabutan bertuah.