6 February 2017

PELAKSANAAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH SK PANGKALAN TLDM 1, LUMUT PERAK.


PELAKSANAAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH SK PANGKALAN TLDM 1, LUMUT PERAK.

TEMPAT                : SK PANGKALAN TLDM 1, LUMUT, PERAK
TARIKH                : 06/02/2017
MASA                    : 07:20 – 08:30 Pagi
HARI                      : ISNIN
PENGLIBATAN    : SEMUA MURID
                                 SEMUA GURU
                                 2 ORANG WAKIL PDRM
AKTIVITI              : 
UCAPAN GURU BERTUGAS
TUAN GURU BESAR EN.RAMLAN BIN HUSSIN MEMBACA UCAPAN KETUA PENGARAH
PENDIDIKAN MALAYSIA
INSPEKTOR MOHD IZWAN MEMBACA UCAPAN KETUA POLIS NEGARA

PROGRAM JOM KE SEKOLAH ANJURAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DENGAN KERJASAMA POLIS DIRAJA MALAYSIA.

PENGENALAN
Program Jom Ke Sekolah adalah merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

RASIONAL
Komitmen antara pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melalui peranan sekolah dan pihak PDRM membuktikan keberkesanan kedua-dua pihak dalam usaha penguatkuasaan undang-undang dan mencegah salah laku dalam kalangan murid. Jalinan yang mantap antara kedua-dua pihak dapat memastikan risiko salah laku dalam kalangan murid semakin menurun selaras dengan konsep
sekolah selamat dan Amalan Guru Penyayang. Kehadiran PPS melalui program JOM KE SEKOLAH pada awal persekolahan 2017 ini diharapkan akan menjadi medan ke arah membentuk sahsiah diri murid yang lebih positif.

OBJEKTIF
Objektif Program Jom Ke Sekolah ialah:
Mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap di antara pihak sekolah dan pihak PPS. Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah. Membugarkan kembali penggunaan Peti Aduan Murid seperti yang telah diarahkan dalam surat pekeliling ikhtisas: KP(BPSH- SPDK)201/005/01/ Jld.2(19) bertarikh 29 Julai 2010.


ANJURAN
Program Jom Ke Sekolah merupakan NBOS bersama KPM (Bahagian Pengurusan Sekolah Harian) dan PDRM (Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti), Bukit Aman.

TARIKH PELANCARAN
5 Februari atau 6 Februari 2017 Serentak di seluruh negara
Masa : Perhimpunan pagi 7.30 pagi sehingga 8.05 pagi

KAEDAH PELAKSANAAN DI PERINGKAT NEGERI PERAK
Pemilihan Sekolah Adalah Berdasarkan Peratus Kehadiran di bawah 95%. Pelancaran Peringkat Negeri bertempat di SMK Jalan Tasek .
Tetamu Kehormat : Pengarah Pendidikan Perak dan Ketua Polis Perak
Pelancaran Peringkat Daerah : Sekolah yang telah dipilih oleh Unit Disiplin JPN berdasarkan peratus kehadiran di bawah 95% .
Tetamu Kehormat : Pegawai Pendidikan Daerah dan Ketua Polis Daerah

 





































  • Blogger Comments
  • Facebook Comments
Item Reviewed: PELAKSANAAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH SK PANGKALAN TLDM 1, LUMUT PERAK. Rating: 5 Reviewed By: Yu. Suffi Yusof