• Terkini!

    9 January 2023

    SK Pangkalan TLDM terima webcam untuk memudahkan aktiviti pembelajaran dalam talian.


    Majlis penyerahan alat bantuan belajar berupa webcam disumbangkan oleh syarikat swasta  disempurnakan oleh Panglima Pendidikan dan Latihan Tentera Laut Diraja Malaysia, Laksamana Muda Dato' Anuar Bin Mohamed pada Jumaat, 6 Januari 2023. 

    Sumbangan pada kali ini menyaksikan kesemua komputer di Makmal Komputer dilengkapkan dengan peranti webcam untuk memberi kemudahan kepada murid dan guru menyertai atau melangsungkan sidang video secara dalam talian dengan pihak luar. 

    Bermula dengan sumbangan 'Headphone' pada tahun 2022, Dato' Anuar sering mengambil berat terhadap sebarang keperluan tambahan untuk memastikan proses pembelajaran anak-anak tidak terbatas dengan kekangan tertentu khususnya peranti komputer. Sumbangan ini juga memberi ruang dan peluang kepada syarikat-syarikat swasta untuk melihat pentingnya institusi pendidikan diberi perhatian kerana di sini akan lahirnya generasi yang berkualiti pada masa hadapan. 

    Setiap kali majlis penyerahan dilakukan Dato' Anuar akan membawa pemilik atau wakil syarikat yang menyumbang untuk turut bersama dalam majlis untuk melihat sendiri bagaimana peranti yang disumbangkan dimanfaatkan terus oleh para pelajar dan guru di sekolah ini. Turut disumbangkan dalam majlis ini ialah webcam, mouse pad dan peranti penyesuai rangkaian tanpa wayar.


    Seluruh warga SK Pangkalan TLDM mengucapkan jutaan terima kasih di atas keprihatinan Dato' Anuar selaku Yang Dipertua PIBG sentiasa prihatin dengan keperluan sekolah.







    • Blogger Comments
    • Facebook Comments
    Item Reviewed: SK Pangkalan TLDM terima webcam untuk memudahkan aktiviti pembelajaran dalam talian. Rating: 5 Reviewed By: Yu. Suffi Yusof
    Scroll to Top