Majlis penutupan program ini dilangsungkan pada 29 jun 2020 jam 3 petang oleh YDP PIBG, Laksama Muda Khalid bin Jaafar. Pada sebelah pagi, anggota TLDM bersama kakitangan sekolah mengadakan gotong royong semperna pembukaan sekolah selepas wabak covid 19.
YDP juga berkenan memberikan sumbangan kerusi dan meja santai yang terletak berhampiran kelas tahun 6. Selain itu juga, beliau juga telah memberi sumbangan kipas untuk menggantikan kipas yang telah rosak di beberapa kelas.