• Terkini!

    6 August 2019

    Pelancaran Minggu Sains Negara peringkat sekolah



    Pelancaran Minggu Sains Negara peringkat sekolah dijayakan oleh Panitia Sains SKPTLDM. Majlis perasmian pada sesi pagi dirasmikan oleh Tuan Guru Besar En.Rohaizan Bin Mohamed Hanif dan Penolong Kanan Petang Pn. Norfaazila Binti Hamzah untuk sesi petang. 



    PENGANJURAN MINGGU SAINS NEGARA 2019
    Dengan tema “Sains untuk Kesejahteraan”, Minggu Sains Negara dianjurkan sekali lagi di seluruh negara pada tahun ini. Memasuki tahun kedua penganjurannya, Minggu Sains Negara 2019 menampilkan sedikit perbezaan berbanding penganjuran tahun sebelumnya yang mana pada tahun ini, Minggu Sains Negara dilaksanakan secara berfasa. Penganjuran Minggu Sains Negara 2019 secara berfasa adalah bagi memastikan inisiatif untuk menyemarakkan gerakan sains kebangsaan ini dilaksanakan secara lebih berfokus, berkesinambungan dan menyeluruh agar manfaatnya dapat dinikmati oleh lebih ramai rakyat Malaysia.

    Fasa Penganjuran

    Tema “Sains untuk Kesejahteraan
    Tema “Sains Untuk Kesejahteraan” adalah signifikan dengan kehidupan seharian manusia kerana sains dan teknologi memberi kesan yang besar terhadap kelestarian alam sekitar dan masyarakat. Memandangkan pembangunan teknologi diperlukan untuk pembangunan negara, adalah sangat penting untuk menyepadukan ilmu sains dan teknologi dengan sains sosial dalam membincangkan isu berkaitan teknologi dan kesannya terhadap kelestarian persekitaran dan masyarakat. Kadar perkembangan teknologi yang pesat memerlukan pertimbangan yang teliti dan bermakna ke arah teknologi yang mencerminkan perkongsian nilai masyarakat dan persekitaran.
    Revolusi Industri 4.0 meletakkan cabaran yang hebat kepada semua sektor di negara ini yang memerlukan kita melakukan perubahan seiring dengan transformasi digital tersebut untuk kekal berdaya saing sama ada di dalam atau di luar negara. Cabaran 4.0 menuntut pembaharuan atau penemuan pelbagai teknologi dalam bidang seperti robotik automasi, penjanaan kuasa elektrik, kecerdasan buatan (artificial intelligence), reality maya (virtual reality) dan realiti terimbuh (augmented reality), lantas mengekalkan kelangsungan hidup dan menyemarakkan keamanan dan kesejahteraan rakyat. Sains dan teknologi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian kerana setiap pergerakan yang dilakukan boleh diterjemahkan dalam konteks sains dan teknologi.
    Selain itu, penggunaan dan penyebarluasan sumber sains mampu membentuk semula masa depan ke arah pembangunan ekonomi yang mampan selari dengan kelestarian alam sekitar, kesejahteraan rakyat dan keselamatan sejagat. Penghasilan produk dan peralatan melalui teknologi hijau dapat menjimatkan sumber asli serta menggalakkan sumber yang boleh diperbaharui.
    Aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) juga perlu mengambil kira kelestarian alam sekitar dan menangani kesan perubahan iklim. Keseimbangan antara pemeliharaan alam sekitar dan pembangunan adalah penting dalam meningkatkan ekonomi negara. Penggunaan sumber juga hendaklah dilaksanakan dengan lebih bertanggungjawab. Kesan negatif alam sekitar termasuk kekurangan sumber dan bencana alam dapat dielakkan dengan menggalakkan industri menggunakan teknologi yang rendah karbon dan mesra alam.

    PERTANDINGAN VIDEO PENDEK LAPORAN AKTIVITI MINGGU SAINS NEGARA PERINGKAT SEKOLAH
    Sejajar dengan aspirasi Minggu Sains Negara 2019 bagi meningkatkan penglibatan rakyat khususnya pelajar-pelajar sekolah dalam bidang sains, teknologi dan inovasi (STI), program dan aktiviti berteraskan STI, MESTECC akan mengadakan Pertandingan Video Pendek dan Laporan Aktiviti Minggu Sains Negara Peringkat Sekolah dengan tema “Sains untuk Kesejahteraan”.
    1. Syarat pertandingan dan format pelaporan program/aktiviti boleh dimuat turun di sini.
    1. Format pelaporan program/aktiviti perlu diisi oleh pihak sekolah dan dihantar kepada Urus Setia Minggu Sains Negara 2019 melalui e-melseksyenpembudayaan@mestecc.gov.my sebelum atau pada 31 Ogos 2019. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Muhammad Fauzi bin Samsubaha melalui talian 03-8885 8148 atau e-mel mfauzi@mestecc.gov.my





















    • Blogger Comments
    • Facebook Comments
    Item Reviewed: Pelancaran Minggu Sains Negara peringkat sekolah Rating: 5 Reviewed By: Yu. Suffi Yusof
    Scroll to Top