• Terkini!

    23 May 2019

    Sambutan Hari Guru 2019 SK Pangkalan TLDM

    SAMBUTAN HARI GURU SK P TLDM (SESI PETANG)

    Pada hari khamis, 16 Mei 2019, Sekolah Kebangsaan TLDM (sesi petang) telah mengadakan majlis sambutan Hari Guru. Sambutan tersebut diadakan di Dewan sekolah. 

          Semua murid dan guru telah berkumpul di Dewan Sri Mahkota pada jam 2.00 petang . Majlis dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri. Seterusnya, gimik hari guru di lakukan. Kemudian ucapan alu-aluan oleh ketua murid sekolah iaitu Mohamad Hafizan bin Zulkefli. Dalam ucapannya, ketua murid mewakili semua murid menyampaikan ucapan selamat hari Guru dan ucapan terima kasih buat guru-guru, serta mendoakan mereka. Sambutan hari guru ini dirasmikan oleh Encik EN. Aimran B. Mohamed Yasin Aini wakil PPD Daerah Manjung. Majlis di teruskan dengan bacaan perutusan KPPM oleh Pn. Faazila Hamzah. 

    Seluruh dewan menyaksikan persembahan oleh pelajar yang terlibat dalam persembahan pentas. Mereka memberi sepenuh tenaga dalam mempersembahkan persembahan mereka dengan baik Majlis kemudian digamatkan dengan persembahan nyanyian lagu tema hari guru dan lagu "Kami Guru Malaysia" dan seterusnya bacaan ikrar hari guru yang diketuai oleh En. Muhammad Syakir Bin Azman.

         Sesi bergambar di jalankan bersama En. Aimran dan Tuan Guru Besar. Selesai majlis bergambar majlis di teruskan dengan penyampaian hadiah daripada murid kepada guru-guru

             Majlis sambutan berakhir kira-kira jam 4.10 petang. Para pelajar beransur masuk ke kelas. Tamat. - En.Syakir, Pengerusi KGKT. 


    Sambutan Hari Guru pada tahun 2019 menyaksikan guru-guru mengenakan pakaian batik sedondon pada Hari Guru kali ini. Hari Guru tahun ini diraikan di dalam bulan Ramadan dengan aktiviti yang ringkas dan bermakna. 












































































































































    • Blogger Comments
    • Facebook Comments
    Item Reviewed: Sambutan Hari Guru 2019 SK Pangkalan TLDM Rating: 5 Reviewed By: Yu. Suffi Yusof
    Scroll to Top