17/10/2013( Khamis): Pertandingan koir diadakan semasa perhimpunan pagi sebelum pelajar memulakan sesi pdp di dalam kelas. Pada kebiasaannya pada hari ini pelajar di persembahkan aktiviti "Bicara Buku" yang dikendalikan oleh pusat sumber sekolah. Namun pada kali ini persembahan koir hanya melibatkan kelas cikgu Asnah sahaja iaitu kelas 3 Intan, 4 Bestari dan 5 Harmoni. Tujuan pertandingan ini diadakan untuk memberi peluang dan ruang kepada pelajar untuk mempersembahkan bakat mereka dan membiasakan pelajar berinteraksi di hadapan orang ramai melalui aktiviti yang diminati mereka. Selain itu, jika ada pelajar yang mahu mempersembahkan kebolehan atau bakat dalam pelbagai bidang seperti bahasa inggeris, sains, matematik dan sebagainya boleh memberitahu kepada guru-guru yang terlibat.
Kelas 3 Intan Tempat Pertama
Kelas 4 Bestari Naib Juara
Kelas 5 Harmoni Tempat Ketiga
Oleh: A.Z.B.M