• Terkini!

    27 August 2018

    Selamat bersara Tuan Guru Besar En. Ramlan bin Hussin




    Tanggal 8.8.2018 adalah hari terakhir buat Tuan Guru Besar En.Ramlan bin Hussin dalam perkhidmatan sebagai seorang guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. 

    Tarikh bersejarah ini menggenapkan tempoh selama 39 tahun dalam perkhidmatan. Segala jasa dan budi yang ditabur telah berjaya melahirkan banyak kejayaan dalam pelbagai bidang. Majlis persaraan yang unik pada kali ini di SKPTLDM mengenakan tema PENGAKAP sebagai pakaian rasmi dan dihiasi susasana hutan hujan yang sangat menyegarkan. 

    Bermula dengan jamuan pagi, tetamu yang hadir berarak masuk ke dewan yang telah dihias melalui terowong masa yang mempamerkan perjalanan hidup seorang pendidik bernama En.Ramlan Bin Hussin. 

    Saksikan video penuh majlis perseraan ini untuk mengikuti kenangan penting dalam kehidupan seorang pendidik. 

    Selamat bersara daripada seluruh warga SK Pangkalan TLDM1. 





    Bergambar bersama VVIP


    Menyaksikan persembahan akhir daripada murid sempena majlis persaraan.
























    • Blogger Comments
    • Facebook Comments
    Item Reviewed: Selamat bersara Tuan Guru Besar En. Ramlan bin Hussin Rating: 5 Reviewed By: Yu. Suffi Yusof
    Scroll to Top