25 May 2017

Sambutan Hari Guru pada tahun 2017 menyaksikan tema 'TWIN' atau kembar yang membuatkan guru-guru tampil dengan kembar masing-masing mengenakan pakaian yang serupa. 

Seperti biasa, bermula dengan sarapan pagi. Guru-guru juga diraikan oleh pegawai-pegawai TLDM yang hadir memeriahkan lagi majlis. Pelbagai persembahan murid dan guru dilaksanakan dengan jayanya. 

Majlis kelolaan KGKT yang dipengerusikan oleh Cikgu Suffi bersama barisan jawatankuasa berlangsung dengan meriah seperti tahun sebelumnya yang bertemakan 'Kesultanan Melayu'.

Lebih menarik apabila Tuan Guru Besar di dalam ucapannya menyatakan bahawa majlis ini adalah antara yang terbaik sepanjang 38 tahun perkhidmatannya dalam dunia pendidikan. Tahniah kepada semua pihak yang menjayakannya. 





































Artikel Popular