• Terkini!

    27 September 2016

    Hari Usahawan 2016 berlangsung meriah!

    Hari Usahawan 2016 SK Pangkalan TLDM 1, Lumut Perak

    Majlis berlangsung dengan meriah melibatkan unit kokurikulum sekolah, Jabatan BOMBA, PROTELA, dan PASKAL.

    Setiap gerai melibatkan murid dalam urus niaga bertujuan memberi pendedahan berkenaan aktiviti perniagaan yang meliputi pelbagai aspek seperti pengiraan dan komunikasi dengan pelanggan. 

    Pengunjung juga disajikan dengan pameran daripada unit-unit khas TLDM. Selain daripada itu, diantara yang menarik sepanjang berlangsungnya hari usahawan ini ialah Rumah Hantu yang dijayakan oleh murid dan guru sendiri mendapat sambutan luar biasa apabila dikunjungi lebih 1000 orang. 

    Secara keseluruhannya hari usahawan pada kali ini mencatatkan jumlah pengunjung yang menggalakkan.




    • Blogger Comments
    • Facebook Comments
    Item Reviewed: Hari Usahawan 2016 berlangsung meriah! Rating: 5 Reviewed By: Yu. Suffi Yusof
    Scroll to Top