• Terkini!

    5 July 2013

    SUKAN KOMUNITI SKPTLDM


    5/7/2013: Sukan komuniti anjuran PIBG SKPTLDM telah diadakan pada hari ini yang melibatkan penyertaan diakalangan ibubapa, pelajar dan guru. Sukan bermula jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 6.00 petang. Turut hadir ialah NYDP PIBG iaitu en.Zulman dan AJK yang lain. Sambutan sangat menggalakkan dikalangan ibubapa  yang bersama-sama menyertai beberapa acara sukan yang dipertandingkan seperti membawa bola dalam gelung rotan, menyambung straw, membaling balon berisi air, boling kelapa, merebut gula kanak-kanak dan tarik tali. Sukan yang dijalankan ini bertujuan untuk mewujudkan hubungan yang erat diantara ibubapa dan pihak sekolah.
    Pemenang dalam setiap pertandingan disediakan hadiah yang berupa keperluan harian sebagai persediaan untuk menyambut bulan ramadhan. Jelas nampak keseronokkan dikalangan ibubapa dalam acara sukan yang dianjurkan ini. Dengan sokongan seperti ini akan memberi semangat kepada pengurusan PIBG untuk merancang program yang bersesuaian pada masa akan datang. 


    Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang terlibat, tanpa sokongan anda sukan yang dijalankan tidak akan meriah.

    ACARA SUKAN YANG DIPERTANDINGKAN













    • Blogger Comments
    • Facebook Comments
    Item Reviewed: SUKAN KOMUNITI SKPTLDM Rating: 5 Reviewed By: skptldm1
    Scroll to Top