• Terkini!

    9 July 2013

    PELANCARAN IHYA' RAMADHAN 1434 H

    9/7/2013(SELASA):Pelancaran ihya’ ramadhan SKPTLDM yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam telah dirasmikan oleh guru besar En.Ramlan bin Hussin yang dipengerusikan oleh  cikgu Idellyati. Sebelum itu ia dimulai dengan bacaan doa, deklamasi sajak, marhaban dan penerangan tujuan program diadakan oleh Ketua Panitia Pendidikan Islam. Majlis berakhir dengan kutipan derma dikalangan pelajar dan guru-guru

    Penerangan ringkas dan jelas tentang sambutan yang diadakan dan aktiviti yang akan dijalankan seperti memperdengarkan kepada semua warga sekolah alunan nasyid, zikir dan bacaan al-quran setiap pagi melalui pembesar suara. Ia dijelaskan oleh ustazah Norhuda selaku ketua Panitia Pendidikan Islam.

    Wakil pelajar mendeklamasikan sajak Ihya Ramadhan

    Guru Besar En.Ramlan Bin Hussin menyampaikan sedikit ucapan dan seterusnya merasmikan pelancaran Ihya Ramadhan

    Guru Besar En Ramlan Bin Hussin turut memberi sumbangan kepada tabung Ihya’ Ramadhan

    Guru-guru memberi sumbangan untuk tabung ihya ramadhan yang akan diagihkan kepada pelajar yang layak


    • Blogger Comments
    • Facebook Comments
    Item Reviewed: PELANCARAN IHYA' RAMADHAN 1434 H Rating: 5 Reviewed By: skptldm1
    Scroll to Top