• Terkini!

    29 June 2013

    PROGRAM BACAAN YASIN, SOLAT HAJAT DAN MOTIVASI TAHUN 4 DAN 5 HARMONI SKPTLDM

    29/6/2013: Program motivasi yang melibatkat pelajar tahun 5 Harmoni dan 4 Harmoni telah sempurna diadakan pada 28 Jun 2013 di SKPTLDM yang bermula jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 11.00 malam.  Program ini adalah usaha berterusan pihak sekolah untuk pembangunan sahsiah pelajar dengan kerjasama antara Unit Bimbingan Dan kaunseling bersama Panitia Pendidikan Islam dan PIBG

    CIKGU NORBI MENERANGKAN TENTANG PERJALANAN PROGRAM KEPADA PESERTA

    Program ini adalah bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar bahawa sikap memainkan peranan penting untuk mencapai sesebuah kejayaan, mewujudkan kerjasama dan meningkatkan lagi hubungan yang erat antara ibu bapa dan pihak sekolah dalam pembentukan sahsiah pelajar dan melahirkan pelajar yang mempunyai jati diri yang kuat dan mentranformasikan  pembangunan pelajar  ke arah melahirkan generasi  yang mempunyai ketulusan, keseimbangan dan kesepaduan sahsiah dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani menerusi nilai-nilai islam seperti bacaan yasin, solat hajat, LDK dan ceramah motivasi.

    CIKGU NORFAAZILA MENGENDALIKAN AKTIVITI 1 YANG TURUT DIBANTU OLEH AJK YANG TERLIBAT BERSAMANYA

    Memandangkan pelajar merupakan aset penting kepada kegemilangan dan kecemerlangan sekolah. Namun ianya perlu seiring dengan pembangunan  dan perkembangan sahsiah pelajar. Disamping itu apa yang lebih diutamakan ialah menerapkan nilai-nilai agama yang lengkap yang  meliputi seluruh aspek dunia ataupun di akhirat.  Seterusnya ia dapat mencegah masalah gejala disiplin di kalangan  pelajar.

    CIKGU RAZANA  MEMERHATIKAN PELAJAR MEMBUAT AKTIVITI YANG DIARAHKAN

    KERJASAMA PESERTA DALAM KUMPULAN DALAM MENYIAPKAN TUGASAN YANG DIBERIKAN OLEH GURU

    Kehadiran peserta yang terlibat sangat baik, namun dari segi kehadiran  ibu bapa/penjaga kurang memuaskan berbanding pada program  yang melibatkan tahun 4Bestari dan 5 Bestari yang telah diadakan sebelum ini. Peserta  yang terlibat diharapkan akan memperolehi manfaat dalam program yang telah diadakan ini dan lebih bermotivasi dan cenderung untuk membentuk diri lebih positif dan  belajar dengan  lebih produktif. Usaha ini seterusnya dapat  melahirkan pelajar  yang sentiasa cemerlang dari segi sahsiah dan intelek.

    USTAZAH NORHUDA SEDANG MENGENDALIKAN AKTIVITI MOTIVASI YANG TURUT DIBANTU BEBERAPA ORANG AJK YANG TERLIBAT


    PESERTA MENIKMATI MAKAN MALAM YANG TELAH DISEDIAKAN

    USTAZ FAISAL MENGENTUAI MAJLIS BACAAN YASIN, SOLAT HAJAT DAN CERAMAH MOTIVASI

    PARA PESERTA SEDANG MENIKMATI MAKAN MALAM YANG TELAH DISEDIAKAN

    SEBAHAGIAN IBU BAPA YANG HADIR BERSAMA UNTUK MENGKUTI MAJLIS BACAAN YASIN, SOLAT HAJAT DAN CERAMAH MOTIVASI YANG DIKETUAI OLEH USTAZ FAISAL DARI SK LUMUT

    ENCIK ZULMAN NYDP PIBG MENERANGKAN SERBA SEDIKIT TENTANG PROGRAM YANG DIADAKAN KEPADA PELAJAR DAN IBU BAPA YANG HADIR

    USTAZ FAISAL MENUNJUKKAN CONTOH BAGAIMANA HATI MANUSIA APABILA DIKOTORI DENGAN PERBUATAN-PERBUATAN YANG BURUK.

    IBUBAPA ADALAH ORANG YANG PENTING DALAM PEMBENTUKAN SAHSIAH ANAK-ANAK

    PN.ZAHARAH (PK HEM) MENYAMPAIKAN SEDIKIT SUMBANGAN KEPADA PENCERAMAH JEMPUTAN USTAZ FAISAL

    Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua AJK yang terlibat yang telah menjalankan tugas mereka dengan baik terutamanya AJK Panitia Pendidikan Islam yang diketuai oleh ustazah Norhuda,  guru matapelajaran kedua-dua kelas , pihak pentadbir, pelajar dan ibubapa yang hadir.  Semoga ALLAH membalas pengorbanan kalian dengan keberkatan. Apa yang penting kita bersama-sama membentuk sikap pelajar kearah yang diredhai oleh ALLAH S.W.T tanpa mengharapkan sesuatu ganjaran di dunia. Perlu diketahui  bahawa untuk membentuk sikap bukan sekali dua ingatan kepada pelajar tapi ia memerlukan masa,. Sekurang-kurangnya usaha sudah dilakukan, sedangkan nabi Muhammad sendiri pun bertahun-tahun berdakwah untuk mengubah sikap dan kepercayaan orang kafir
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments
    Item Reviewed: PROGRAM BACAAN YASIN, SOLAT HAJAT DAN MOTIVASI TAHUN 4 DAN 5 HARMONI SKPTLDM Rating: 5 Reviewed By: skptldm1
    Scroll to Top