• Terkini!

    11 May 2013

    TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR ANAK-ANAK ATM

     11/5/2013: Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi telah selesai program teknik menjawab soalan UPSR 2013 yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SKPTLDM dengan kerjasama ATM-Pernama TLDM. Program ini bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 5.30 petang. Tujuan program ini dijalankan untuk mendedahkan kepada calon UPSR 2013 tentang teknik menjawab soalan UPSR yang sebenar seperti Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan, Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains. Teknik menjawab soalan matapelajaran yang terlibat telah diterangkan secara jelas oleh guru-guru / penceramah yang dijemput dimana mereka mempunyai pengalaman yang luas sebagai pemeriksa kertas UPSR. 



    Sepanjang program berlangsung para pelajar telah memberi tumpuan yang sepenuhnya bagi memastikan mereka faham dan dapat mengaplikasikan dalam menjawab soalan dalam setiap mata pelajaran yang terlibat. Kerjasama guru-guru matapelajaran dan AJK yang terlibat juga sangat baik dan bersama-sama mengawal disiplin pelajar dari awal hingga akhir program. Program ini turut dijalankan serentak dengan SKPTLDM 2 di sekolah masing-masing.


    Pihak UB&K mengucapkan terima kasih kepada semua pelajar, guru-guru, ibu bapa, penceramah jemputan dan pihak pentadbir dalam menjayakan program kali ini. Semoga apa yang dijalankan pada hari ini dapat memberi manfaat kepada semua bakal calon UPSR SKPTLDM tahun 2013.

    CIKGU SYARIF: BAHASA MELAYU PENULISAN

    CIKGU ZALINA: BAHASA MELAYU PEMAHAMAN


    PELAJAR TURUT DISEDIAKAN MAKAN PAGI DAN TENGAH HARI SEMASA PROGRAM DIJALANKAN

    PELAJAR MEMBERI TUMPUAN YANG PENUH BAGI MEMASTIKAN MEREKA FAHAM APA YANG DISAMPAIKAN OLEH PENCERAMAH JEMPUTAN

    DISIPLIN PELAJAR SANGAT MEMUASKAN SEPANJANG PROGRAM BERJALAN


    CIKGU ZULKIFLI: MATEMATIK

    CIKGU FAZILAH: CIKGU BAHASA INGGERIS

    CIKGU ROSLI: SAINS

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments
    Item Reviewed: TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR ANAK-ANAK ATM Rating: 5 Reviewed By: skptldm1
    Scroll to Top