DERMA SURAU SEKOLAH:NAMA AKAUN: SURAU SKPTLDM 1... AKAUN AFFIN BANK LUMUT NO:10-516-000755-0 ATAU TEL: 05-6835890...SEKIAN TERIMA KASIH
PIAGAM SKPTLDM

Kami warga Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM, Lumut dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:

1) Menyediakan perkhidmatan pendidikan yang terbaik bagi memastikan kecemerlangan Kurikulum, KoKurikulum, Sahsiah, Pengurusan bagi merealisasikan Visi Kementerian Pendidikan Malaysia dan memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2) Mengurus kerja dengan dengan cekap, berkesan, dinamik yang berteraskan kepada pembaharuan yang berterusan

3) Menyedia dan melengkapkan kemudahan asas Pengajaran dan Pembelajaran berteraskan konsep dan kehendak KBSR serta berusaha mengikuti arus perkembangan teknologi maklumat

4) Mengutamakan aktiviti yang menjurus kepada usaha-usaha yang membangunkan potensi pelajar dan penghayatan nilai-nilai murni melalui kegiatan kokurikulum

5) Mewujudkan iklim dan persekitaran sekolah yang bersih, ceria, selesa dan selamat

6) Menyediakan staf yang berdedikasi, komited, berdisplin dan produktif

7) Sentiasa peka dan responsif kepada kehendak pelanggan – murid, ibubapa, masyarakat, agensi-agensi yang ingin membantu meningkatkan kecemerlangan sekolah ini.

Kami warga Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM bersedia dan akan menimbangkan apa jua yang dikemukakan kepada Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM berkait dengan pelaksanaan piagam pelanggan ini.
Indahnya berdiri dengan megah
Pangkalan tentera laut lokasinya
Bangunan tersergam indah
SKP TLDM namanya

Berilmu, berakhlak dan berjaya
Itulah cogan katanya
Disiplin jadi teras utama
Nilai hidup berkarisma

Ayuhlah warga sekolah
Bersedia hadapi perubahan
Sahut Visi dan Misi sekolah
Capai cita dan Impian

ICT sumber Rujukan Kita
Mara Terus Maju Ke Hadapan
Hanyalah Satu Harapan
SKPTLDM Cemerlang
SKPTLDM Gemilang
VISI

Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM, Lumut Sekolah Cemerlang Negeri Perak Tahun 2018
MISI

Untuk memberi pendidikan kepada generasi muda melalui sistem pendidikan berkualiti bagi melahirkan warga negara terbilang yang berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
MOTO

GURU CEMERLANG, MURID GEMILANG, SEKOLAH TERBILANG

PANORAMA SKPTLDM

.

.