• Terkini!

    26 April 2010

    GURU PENYAYANG SKPTLDM


    PENGENALAN
    Murid merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian disekolah dengan membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat. Melalui program guru penyayang dimana guru akan sentiasa menyayangi, mengasihi, dan bersifat belas kasihan serta menghormati pelajar. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.
    TUJUAN
    1. Membudayakan amalan penyayang dikalangan guru SKPTLDM terhadap anak didik mereka di sekolah yang perlu dijaga dan mewujudkan perasaan hormat menghormati di atara pelajar dan guru.
    OBJEKTIF
    1. Menghargai sumbangan pelajar dalam setiap penglibatan mereka di sekolah samada dalam semua bidang kokurikulum dan kurikulum

    2. Memupuk hubungan mesra antara guru dan pelajar sebagai wadah mencapai visi dan misi sekolah

    3. Menyematkan perasaan diterima, diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa di dalam jiwa pelajar. Seterusnya memupuk keseronokan belajar dikalangan mereka.
    CARTA ORGANISASI

    tahun 2013 KLIK DISINI
    AKTIVITI
    Menjemput pelajar di pintu pagar sekolah setiap hari

    Menghantar/Mengiringi pelajar semasa balik sekolah di depan pintu pagar sekolah

    Mengucapkan terima kasih atas sumbangan pelajar

    Memberi Penghargaan :-
    - member hadiah
    -mempamerkan gambar kejayaan mereka
    -sentiasa menjadikan contoh

    Memberi Hadiah :-
    - pelajar mempunyai ketrampilan, sahsiah, kebersihan , aktif dan sebagainya
    - membuka tabung akaun SSPN kepada pelajar cemerlang UPSR
    -Menyediakan hadiah jam tangan kepada pelajar yang mendapat keputusan 5A dalam UPSR
    Program Mentor Mentee
    Ucapan dan Pamerkan tarikh lahir pelajar
    GAMBAR
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments
    Item Reviewed: GURU PENYAYANG SKPTLDM Rating: 5 Reviewed By: skptldm1
    Scroll to Top