• Terkini!

    1 September 2009

    BULETIN RAMADHAN

    Assalamualaikum pembaca sekalian

    Syukur kita dipanjatkan kehadrat ilahi kerani masih lagi dipanjangkan usia sekaligus kita dapat bertemu kembali pada bulan Ramadhan yang penuh dengan barakah ini.
    Marilah kita bersama-sama merebut peluang yang disediakan oleh Allah SWT buat kita umat nabi Muhammad SAW yang tidak disediakan kepada umat-umat terdahulu.
    Sabda Nabi Muhammad SAW:
    " bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadhan hingga akhir malam Ramadhan. Tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud, 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam syurga daripada permata merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertahta permata merah yang indah. Orang yang berpuasa pada awal Ramadhan diampunkan segala dosanya hingga ke akhir bulan ramadhan dan dibina baginya tiap-tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunyai seribu daripada emas dan meminta ampun baginya 70 ribu malaikat dari pagi hingga tenggelam matahari"
    Insaflah peringatan daripada Nabi SAW tentang mereka yang keluar dari Ramadhan tetapi gagal dari mendapat keampunan Allah. oleh yang demikian, marilah kita bertekad dan berazam moga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya.

    Sumber dari : Tuan Haji Noh bin Ahmad
    Guru Besar SKPTLDM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments
    Item Reviewed: BULETIN RAMADHAN Rating: 5 Reviewed By: skptldm1
    Scroll to Top